!-- nuffnang --> BLOG YANGREZA

Sabtu, 19 Mac 2011

TIPS DR. FADZILAH KAMSAH

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.

Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.

Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.

Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.

Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.

MALAYSIA WILL BE HIGH INCOME COUNTRY


HIGH INCOME ECONOMY
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada pada 20hb Mac 2011 pukul 3.41 pagi
1. The Prime Minister has announced that Malaysia should develop into a high income economy. In the past we had stressed low cost because we wanted to attract Foreign Direct Investment through low wages for our workers. That was a good strategy because we were trying to solve our high unemployment problem.

2. We were so successful in creating jobs that we have to import foreign labour. We were effectively helping to solve the unemployment problem of other countries.

3. Our cost of labour is now higher than our neighbours and of course against China and Vietnam.There is no way we can compete with them. If our labour cost increases further, especially if we want to have a high income economy, we can no longer compete for FDI, at least the labour intensive ones.

4. When we increase incomes it will not be only wages and salaries which will increase, profits as income must also increase. Government can quite easily pay high salaries and wages. But even for the Government the money must come from somehwere.

5. Unless Government revenues increase, the money will have to come from reduction in development expenditure. This may not be welcomed by the people.

6. For the private sector the money can come from more efficient management, higher productivity through more efficient output by workers or through investments in better machinery and equipment. Almost invariably the higher wages and salaries will increase cost and therefore the prices of goods and services.

7. Higher income will therefore result in higher cost of living. This will reduce the purchasing power expected of higher incomes. This would be meaningless unless the increase in cost of living will be less than the increase in incomes.

8. Unless the increase in incomes is properly managed, it will not enrich the people in terms of purchasing power. As the cost of living rises, the increases in income may not purchase more than what the previous lower income would. Indeed it may be possible that the increases in income will actually purchase less goods and services than the previous low income.

9. We see today the purchasing power of the developed countries with much higher income than us. The United States is said to have a per capita income of USD36,000, roughly five times Malaysia's USD7,000 per capita. But the people are not five times richer than Malaysians in terms of purchasing power. In fact in certain cases the purchasing power is the same as Malaysians. According to the McDonald's Hamburger Index, the Ringgit is the same as the US Dollar in purchasing McDonald's hamburger - one Ringgit will buy in Malaysia what USD1 will buy in the US.

10. Clearly the increased income in high-cost countries does not give an increase in purchasing power equal to the increase in income as compared to low-cost countries. It is important that the Malaysian public understand this.

11. Malaysians are very sensitive to price increases, in many cases illogically. When crude oil increased in price from USD30 per barrel to USD140, Malaysians expect the pump price of petrol to remain the same. This is illogical. Surely the increase in crude price will be reflected in the retail petrol price.

12. The Government can subsidise. But when Government subsidises it must tap the money from other allocations. Perhaps it can use the extra profits from the sale of Malaysian crude in the market. But this would not be enough as we consume three-fourth of our oil and sell only one quarter. From the sale of one quarter of our oil, we cannot fully subsidise three quarters that we sell at the old price.

13. There must therefore be an increase in the price of retail oil. Malaysians must accept reasonable price increases when incomes and profits are increased on our way to becoming high-cost developed country. There is no way we can continue to enjoy low cost of living while we ensure we earn high incomes.

14. A high-income economy must therefore also be a high-cost (of living) country. But with good management the high incomes would increase our purchasing power to some extent, especially in the purchase of imported goods and services and when traveling abroad. There should be also a certain increase in purchasing power in the country. In effect despite higher cost of living we will still enjoy higher purchasing power and a higher standard of living.

15. I am all for the Government's high income policy. My worry is that the people may expect high income without the accompanying high cost of living. It is better for them to be forewarned.

TIPS MOTIVASI DR. IRFAN KHAIRI


8 tip mudah untuk hidup yang mewah
Oleh: Irfan Khairi http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
1: Tak perlu kopi & rokok! OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)? Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.

2: Potong kad kredit Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda. Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

3: Jaga emosi Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian. 90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi”!

4: Pakar 1 topik kewangan Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja. Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet. Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.

5: Hutang yang bagus Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus? Hutang yang bagus bermaksud hanay berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kernana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri. Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!

6: Baca 30 minit Pop kuiz- tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja- buku yang berkaitan dengan industri anda. Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu. Dengan hanya membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan dapat membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda. Dalam masa 2-3 tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku berkaitan dengan bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda? Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.

7: Cari kawan baru Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi… erm…. Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja! Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

8: Jangan baca sahaja Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha. Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah! ***************** Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Oleh: Rosli Josari

Rabu, 9 Mac 2011

Dr. Azizan Osman

MEMETIK KATA-KATA DR AZIZAN OSMAN, PAKAR MOTIVASI 'SEMOGA ANDA LEBIH KAYA DAN BERJAYA!'

Dr Azizan Osman – Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources

Posted on : 10-08-2009 | By : Mirlme | In : Blog
Tags: Biodata Dr Azizan Osman, Dr Azizan Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources Sdn Bhd, Metafizik Dr Azizan Osman, Richworks Resources Sdn Bhd, Seo Richworks Resources Sdn Bhd.
53
MULANYA sekadar suka-suka dan minat, namun siapa sangka daripada tabiat itu, ia mengubah kehidupan dan status Dr Azizan Osman, 35, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Richworks Resources
Syarikat yang ditubuhkan tahun lalu itu menyediakan latihan atau kaedah mengenal diri melalui tarikh lahir, selain mengetahui potensi atau aura diri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan kerjaya yang ingin diceburi.
Mungkin bunyinya pelik apabila kaedah itu seperti fenomena yang melanda negara apabila lebih 10,000 orang mengikuti seminar kendalian Azizan walaupun belum sampai setahun operasi.
Kejayaan berkenaan kebanggaan kepada anak jati Melaka itu, malah beliau berhasrat mensasarkan lebih ramai rakyat negara ini mengenali diri melalui kaedah terbabit.
“Program ini bukan sekadar membantu mengenali potensi diri tetapi boleh dipraktikkan dalam pekerjaan, memilih jodoh, menyambung pelajaran dan pelbagai lagi,” katanya.
Sebenarnya, melihat latar belakang anak keempat daripada lima beradik itu, beliau bermula daripada minat apabila mengetahui teknik mengenal diri melalui tarikh lahir sejak di tingkatan tiga.
“Saya mengetahui teknik ini melalui bacaan. Mulanya tidak serius sehingga saya bertemu pakar bidang ini, T Harve Eker dari Kanada.
“Dia mentor saya dan untuk belajar dengannya, bayarannya bukan murah dan saya berulang-alik dari sini ke Singapura kerana kelas diadakan di sana,” katanya.
Sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Azizan bekerja di pelbagai syarikat tetapi ditakdirkan rezekinya dalam bidang metafizik, tidak sampai setahun beliau mengecapi kejayaan dan tidak keterlaluan dikatakan kini berstatus jutawan.
Begitupun, bertemu dan berbual dengannya, beliau tidak sombong atau bongkak, jauh sekali meninggi diri meskipun kini dalam kelas tersendiri.
Menurutnya, beliau bukan orang senang dan disebabkan ‘pendidikan’ itu, beliau menyedari siapa dirinya.
“Saya masih ingat pesanan emak masa saya kecil. Pernah minta dibelikan baju taekwando dan kereta kawalan jauh, emak kata, kalau nak beli, bila besar cari duit dan beli sendiri.
“Ketika itu emak dan ayah tak mampu memenuhi kehendak kami kerana emak suri rumah, ayah pula berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran. Kami kerap berpindah kerana mengikut ayah,” katanya.
Begitupun, kata Azizan, beliau ‘tabik’ dengan bapanya, Osman Yusop, yang berfikiran jauh apabila menghantar mereka adik-beradik ke sekolah Cina.
“Awalnya memang susah bersekolah di sini kerana kita tidak faham Bahasa Cina. Bagaimanapun, disiplin dan suasana belajar banyak mengubah dan membentuk diri saya.
“Kerja sekolah tak pernah habis dan disiplin ketat. Disebabkan itu, saya pernah dapat nombor satu dalam kelas dan pernah juga dapat nombor terakhir,” katanya yang pernah menjadi juara pertandingan kaligrafi Cina peringkat kebangsaan.
Azizan berkata, meskipun ibu bapanya tidak pernah terbabit dalam perniagaan, lain pula dirinya apabila minat berniaga itu ada.
“Saya mula ceburi bisnes ketika di UiTM Segamat apabila membekalkan bantal dan kalkulator kepada pelajar baru. Bila tiba pendaftaran, saya sewa satu lori penuh dengan bantal.
“Selain itu saya ambil baju pelajar dan hantar ke kedai dobi di pekan Segamat. Kemudian saya upah rakan menjual nasi lemak dan nasi goreng yang diambil daripada orang lain,” katanya.
Selepas tamat pengajian, Azizan bekerja di RHB Securities dan pada masa sama menjalankan aktiviti pelaburan.
Begitupun, kegawatan ekonomi yang melanda 1997 menyebabkan pelaburan RM100,000, termasuk wang daripada rakan, mengalami kerugian.
Tidak sampai dua tahun bekerja, Azizan mengambil keputusan berhenti kerana mahu bekerja sendiri.
“Sebab berhenti kerana saya berfikir berapa lama boleh bekerja di sini. Selepas itu saya buat pembungkusan produk herba di Melaka. Modal tiada langsung, namun bernasib baik kerana syarikat berkenaan beri deposit RM15,000,” katanya.
Ketika perniagaan mula berkembang selepas dua tahun beroperasi, syarikatnya berdepan masalah apabila tiada modal pusingan dan pada 1999, Azizan terpaksa menutup operasi syarikat.
“Selepas berhenti, saya pinjam kereta ayah, menghantar barangan yang dipesan orang. Saya cari juga kerja di tempat lain dan pada 2001 saya diterima bekerja di syarikat Cobra Group iaitu syarikat pengiklanan dan pemasaran antarabangsa cawangan Melaka,” katanya.
Di syarikat multinasional itu, Azizan bermula dari bawah iaitu menjual kad kredit sehingga dilantik pengurus projek yang menguruskan beberapa syarikat besar.
Pada 2004, Azizan ditukarkan ke Kuala Lumpur dan cabaran mula dirasai sehingga beliau menitiskan air mata.
“Bulan pertama pindah ke KL, saya tidak cukup duit kerana suasana masih baru dan belum berjaya membuat jualan seperti ditetapkan. Saya menangis dalam kereta kerana tidak cukup duit bayar sewa rumah dan kad kredit,” katanya.
Begitupun, dugaan itu tidak mematahkan semangatnya, malah usaha keras Azizan berjaya mengangkat dirinya sehingga dilantik ke jawatan Pengurus Kanan pada 2005.
“Sebagai pengurus, antara tanggungjawab saya ialah menemuduga dan melatih kakitangan baru. Dalam temuduga, saya praktikkan kaedah tarikh lahir dan 85 ke 95 peratus tepat.
“Pada April tahun lalu saya ditawarkan jawatan tinggi dan diberi pilihan ke Indonesia atau Hong Kong tetapi apabila berfikir balik, saya kini pada tahap maksimum dan terdetik juga apa sumbangan saya kepada bangsa,” katanya.
Pada Jun tahun lalu, Azizan mengadakan kelas rahsia tarikh lahir di Bukit Bintang hanya membabitkan 12 orang dengan kos RM299 seorang.
Aktiviti sampingan itu dapat diketahui syarikat terbabit, sekali gus memberi kata dua.
“Saya diberi pilihan sama ada untuk bekerja di syarikat itu atau meneruskan aktiviti saya. Selepas berfikir, saya berhenti kerja Jun tahun lalu dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam program ini,” katanya.
Sejak itu, nama Azizan Osman semakin dikenali dan setiap programnya mendapat sambutan. Daripada belasan yang hadir pada mulanya, kini mencecah ribuan orang hanya untuk mendengar celotehnya.
PROFIL
NAMA: Dr Azizan Osman
USIA: 35 tahun
LAHIR: 14 November 1974 di Kota Bharu, Kelantan
JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources
PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chun II, Pontian, Johor; Sekolah Menengah Pei Fong, Melaka; Diploma Analisa Pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor; Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Sarjana Pemasaran University of Florida; Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik, Gordon University, Florida
ANUGERAH: Platinum Awards 2004/2005 daripada Cobra Group, England
credit to Metro